Link to JUSTME

* Sekiranya mahukan LINK ke laman ini, salin semua Kod HTML dan letakkan di laman web anda. Mahu bertukar link - hubungi JustMe

Sunday, December 16, 2007

Bagaimana Nak Merekabentuk Laman Web

balik ke Laman Utama

How to design your own website?


Bab ini agak teknikal sikit. Sebagaimana pengalaman saya dalam hal-hal ini, ada juga sesetengah pihak mendakwa bahawa dalam Internet Marketing ini, anda tidak semestinya secara mendalam untuk merekabentuk laman web / blog sendiri. Ada betulnya dan ada juga salahnya. Betulnya adalah kenyataan umum itu sendiri. Salahnya adalah tafsiran secara mendalam itu berbeza mengikut pandangan individu.

Bagi saya, lebih banyak kita mendalami sesuatu pengetahuan, lebih baik kedudukan kita dalam usaha untuk melakukan sesuatu.



Hampir setiap benda, perlakuan dan
bermacam-macam lagi ada HARGAnya sendiri.


Okey - secara dasarnya saya galakkan anda belajar sedikit sebanyak berkaitan kod-kod HTML, XHTML, CSS, Javascript dan beberapa lagi dalam usaha untuk merekabentuk laman web sendiri. Kalau tidak... sediakan wang, lantik perekabentuk laman web (website designer) untuk anda. Kosnya saya kurang arif, tapi boleh habis beribu-ribu bergantung kepada hasil produknya. Kalau BMW harga BMW. Kalau Porche kenalah dengan harganya. Kalau Kancil pun tetap harga Kancil dan pendapatan pun Kancil juga. Anda buat keputusan.

Tapi dalam usaha untuk melibatkan diri dalam Internet Marketing ini, anda perlulah berusaha gigih secara berterusan dalam pelbagai aspek. Jangan putus asa. Sentiasa tingkatkan pengetahuan anda. Dunia IT berkaitan Internet Marketing juga sentiasa berkembang. Kita kena sama-sama sentiasa meningkatkan diri kalau tak mahu ketinggalan. Nak tahu apa kod HTML boleh lakukan - skrol ke atas dan lihat bahagian Link to JUSTME dan Hubungi JUSTME. Kedua-duanya direkabentuk dengan menggunakan kod HTML.

Ada laman web wang menawarkan 'software' percuma untuk merekabentuk laman web secara mudah - hampir serupa gabungan 'Miscrosoft Word' + 'Excel' + 'Powerpoint' dan lain-lain lagi. Saya ada mencubanya untuk seketika. Kalau nak cuba boleh klik....
Sekiranya anda ingin belajar kod HTML, CSS dan sebagainya bolehlah layari laman HTML.net ada

Pandangan saya - belajar dari bawah (basic) kerana dalam Internet Marketing ini kesungguhan dan komitmen anda banyak menentukan kejayaan anda. Apa pandangan anda?


(NOTA : Sekiranya anda ingin memberi pendapat atau membuat pertanyaan, sila ke laman utama JUSTME (klik sini) untuk memudahkan rujukan semua pihak. Terima kasih.)

JUSTME
balik ke Laman Utama